Thursday 9 February 2017

Nota 9 February 2017

Assalamualaikum semua..

Hari ni cuti Thaipusam.. Dan kebetulan aku tengah cuti sem 5.. Haihs, nebes rasanya duk tunggu result ni. Dahlah hari tu, aku mimpi ada fail.. Nauzubillah..minta dijauhkan..

Hari ni Hari Khamis, esok baru ada pasar malam.. Hari ni, tak tahu nak buat apa. Takkan lah asyik layan movie ja.. Aduhaii, apa la nak jadi kat aku ni.. Makan, Tido, Movie.. perghh pakej betul..

Baru semalam mesej dengan sahabat lama yg sekarang ni duk kat kampung. Ya Allah bestnya kalau dpt balik kampung. Aku nak jumpa kawan2 aku.. Lama rasanya aku tak jumpa diorang. Ainul Basyiroh Daimin, aku rindu jumpa, makan, main, sembang, jalan2 dgn kau.. hehe
Takpa, aku akan segerakan pengajian aku kat sini.. aku nak berbakti kepada kampung aku kat sana.. Inshaa Allah

And then, semalam aku tengok wechat.. Ada beberapa mat chat hantar mesej kat aku nk berkenalan.. wooo, bahaya tu. Aku ni jenis tak kawan sgt dgn laki. Tak pandai nak bergaul sebenarnya.. sbbnya tak biasa.. Even perangai aku serupa laki.. Itu sebab aku ada byk abg2 dn adik laki.. Aku pun dah terikut macam laki daa.. well, aku rasa okay la perwatakan mcm laki TAPI hati aku ada taman tau.. haaaa

"Selagi kita masih bernafas hari ini, selagi itulah kita masih ada harapan, ruang dan peluang..."

Aku suka mengarang puitis, kata2 motivasi utk dibaca dn dihayati oleh org dn diri aku sendiri.. Itulah yg dimaksudkn "Makna Hidup".. Alangkah ruginya hidup tanpa tujuan.. Ianya sama ja seperti burung2 yang bebas di udara tanpa hala tuju. Hanya singgah apabila lapar. Jadi, jangan jadi seperti burung. Jadilah seperti semut. Even kecil, org tengok pun tak lalu haha.. tapi semut sangat rajin.. dan binatang paling rajin kat bumi Allah ni. Tak caya? Tengok la sendiri.. aku tau dari usia aku 7 tahun lagi.. aku duk membesar dlm kawasan hutan.. kawasan pedalaman.. so, aku tahu la.. hidup org susah tu mcm mna..

Well, aku cuma nak bagitau kalau hari ahad ni birthday aku.. tapi aku tahu, tak ramai baca blog aku.. and aku tahu, takkan ada yg baca pun haha.. even though, aku tetap akan tulis dan post. Sebab apa?? Sebab aku tak tengok dan tak harap pun ada org akan baca. Kalau ada yg baca, Aku sangat terharu dan berterima kasih..kerana sudi membaca. Even aku banyak merapu haha.. tapi itulah aku.. Every year aku akn sambut besday aku sorang2. Why?? sebab takda org akn sambut.. Wish tu, ada lah juga.. itu pun kawan2 rapat aku ja.. Dan korang nk tau tak.. aku ni tak pernah dpt hadiah.. macam mna ea rasa dpt hadiah..hurmm
Teringin tapi sapa la nak bagi hadiah kat aku kan.. haha

Kini, aku tahu...
Aku akan sendiri lagi.. melalui hari2 yg mendatang di dalam keadaan yang suram. Aku gagahi langkah menuju ke arah cahaya ilmu di bumi orang. Ya Rabb, kuatkanlah hati hamba Mu ini yg serapuh kayu yg hancur, yg senipis kulit bawang putih, ...Be qowiy my soul.. Aku tau aku tak kuat tapi aku kena acting macam kuat. Agar manusia2 lain kat luar sana tu, tidak memandang rendah kpd aku. Kerana aku membawa amanah Allah, amanah Ibu ayah aku, amanah guruku.. Carilah ilmu dan amalkannya serta ajarkan kepada org lain.. Ya!! aku perlu buat begitu..

Aku ingin jadi seperti Ibnu Bathotah. Seorang sarjana islam yang mengelilingi dunia mencari ilmu tanpa kenderaan. Hanya berjalan kaki dan bermusafir, berkelana, merantau.. Yahh!, aku sangat..sangat..sanggaaattt nak jadi seperti itu.. Dengan karangan karya beliau membuatkan aku bertambah semangat.. hehe..

Oklah, at the end..aku merapu lagi haha..
Tapi kalau ada yg sudi bagi hadiah kataku.. aku sangat2 berbesar hati dan terharu.. hohoho

Sekian saja, syukran kerana membaca.

Sebarang pertanyaan atau nak hantar hadiah pun boleh hehe.. ada kat bawah ni..

Siti Aminah Bte Satin,
Mutiara Residence, Jalan 7/4A, Taman Serdang Jaya, 43300  sri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
W/s: 01133832215
E-mail: Unic_ct@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

RUKUN QAULI, QALBI DAN FI'LI DALAM SOLAT

Assalamualaikum Netizen.. Okay, hari ni saya nak kongsikan beberapa ilmu.. Ilmu ketika mengerjakan solat. Nak tahu? Baiklah...jom kita b...