Thursday 1 December 2016

Aku berbicara

Assalamualaikum..

Hari ini, Dah masuk 1 Dis 2016 bersamaan dgn hari Khamis, jam 10:30 pagi. Aku cuba mengarang kata² dari bilik ku..Hari ini still cuti mid sem. Semua student balik kampung halaman masing².. Aku seorang je terperap dalam asrama selama 10 hari ini.. Tak tahu nak buat apa..So, hari ni tetiba rasa nak menulis pulak da..

Today, aku nak share kata² hikmah dari seorang tokoh ulama agung iaitu Imam Al-Ghazali. Beliau berkata " Tujuan perbaikan akhlak ialah utk membersihkan kalbu dari kotoran² hawa nafsu dan amarah hingga ia jernih bagaikan cermin yg dapat menerima cahaya Tuhan"..

Apa ibrah yg aku dpt dari mutiara kata beliau adalah kita perlulah senantiasa perbaiki akhlak kita. Kerana akhlak merupakan cerminan peribadi kita yg org boleh nilai dgn mata kasar. Sekiranya, buruk akhlak seseorg hamba itu.. maka, buruklah hatinya. Seandainya akhlaknya baik, maka hatinya akan baik sama seperti akhlaknya.. Org yg berakhlak mulia disayangi Allah, para malaikat, manusia dan seluruh isi alam. Contohnya,   nabi kita iaitu baginda Nabi Muhammad SAW. Baginda merupakan hamba Allah yg paling sempurna akhlaknya. Bahkan, makhluk Tuhan yg paling disayangi Allah melebihi yg lain. Kerana apa??? Kerana cinta dan kasih sayang rahmatnya iaitu Nur muhammad, Allah SWT menciptakan langit, bumi, syurga, neraka dan segalanya. Dengan nur muhammad inilah, Allah menunjukkan kasih sayangNya kepada kita semua..

Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui dari apa yg kita tidak ketahui.. Allahu
Hebatnya Allah, menjadikan Baginda Nabi Muhammad sebagai seorg insan yang paling sempurna akhlaknya yg menjadi panduan dn role model bagi generasi akan datang.

Aku teringin sekali nak jumpa baginda Nabi. Rindu sangat. Bila terbaca, terdengar dan teringat peristiwa², kisah² dan perjuangan baginda dahulu.. Hati ini turut menangis, seolah² aku turut serta dalam perjuangan tersebut. Aku sebak dan tak terhenti hati ini menangis kerana rindu. Nak jadi hamba yg baik pun susah, apatah lagi mimpi nk jumpa Nabi. Inshaa Allah, aku akan berusaha sedaya upaya.

Ya Allah, jadikan ia satu realiti bagiku..
Perbaikilah akhlak² kami, ya Rabb..
Perindahkan peribadi kami dgn akhlak² yg mulia seperti mana Engkau anugerahkan kpd Baginda Nabi. Aaminn ya Rabb..

Sekian sahaja, nukilan hari ini..
Tetiba sebak je time tulis ni.. Mungkin, Allah sedang mengetuk hati ku agar sentiasa ingat padaNya.. Allahu..

Terima Kasih ya Allah..

Sebarang komen dan teguran, pendapat serta idea boleh ajukan kepada sy..
Ataupun email kpd sy : unic_ct@yahoo.com

RUKUN QAULI, QALBI DAN FI'LI DALAM SOLAT

Assalamualaikum Netizen.. Okay, hari ni saya nak kongsikan beberapa ilmu.. Ilmu ketika mengerjakan solat. Nak tahu? Baiklah...jom kita b...