Thursday 27 July 2017

RUKUN QAULI, QALBI DAN FI'LI DALAM SOLAT

Assalamualaikum Netizen..


Okay, hari ni saya nak kongsikan beberapa ilmu.. Ilmu ketika mengerjakan solat.
Nak tahu? Baiklah...jom kita belajar sama-sama ya..

Anda masih ingat RUKUN SOLAT???
Di dalam rukun solat, terbahagi pula kepada 3 bahagian iaitu:

  • Rukun Qauli
  • Rukun Qalbi 
  • Rukun Fi’li Dalam Solat

Ma ma'na Rukun Qauli, Qalbi wa Fi'li?
Mesti ingat-ingat lupa kan? Baik ngaku haha...
Takpa, kita ulangkaji sama-sama..


Apa Itu Rukun Qauli , Qalbi Dan Fi’li Dalam Solat: Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita . Berbisik, TAK SAH , suara angin TAK SAH baca dalam hati, lagi TAK SAH !!!
Satu huruf tidak terdengar pun Al-Fatihah tu TAK SAH . Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
Rukun Qauli Itu Apa ?
– takbiratul ihram,
– al-Fatihah
– tahiyyat akhir
– selawat
– salam pertama
Ada 5 sahaja , yang lain itu rukun fi’li .  Niat pula ialah rukun qalbi .
Rukun Solat Terbahagi Kepada Tiga Kategori :
1. Qalbi – di ingat dalam hati
2. Qauli – di ucap dengan lidah
3. Fi’li – perbuatan
Rukun Solat Ada 13 Perkara Iaitu :
1. Berdiri bagi yang mampu ( Fi’li )
2. Niat ( Qalbi )
3. Takbiratul Ihram – Allahu Akhbar yang pertama ( Qauli )
  • Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah . Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut , dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati . Walhal , lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI , maka ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu huruf pun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ .
  • Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat . Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin ( seperti suara orang berbisik )
4. Membaca surah Al-Fatihah (Qauli )
  • Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
  • Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
5. Rukuk dengan tama’ninah ( Fi’li )
6. Iktidal dengan thoma’ninah ( Fi’li )
7. Sujud dengan thoma’ninah ( Fi’li )
8. Duduk di antara dua sujud, dengan thoma’ninah ( Fi’li )
9. Duduk Tasyahhud akhir ( Fi’li )
10. Membaca bacaan Tasyahhud / Tahiyat Akhir ( Qauli )
  • Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya.
  • Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli . Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. ( Qauli )
اللهم صَلِّ على سيـّدنا مُحمـّد
12. Mengucapkan salam yang pertama ( Qauli )
  • Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ ( assalaamu’alaikum warahmatullaah )
  • Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum” atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat .
  • Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul .
13. Tertib  ( Qalbi )

**mohon tegur jika ada terdapat kesilapan untuk diperbaiki..
-TERIMA KASIH-
#Kredit to SAIDILADOTCOM (terima kasih sis)

20 comments:

  1. Asslmlkm.
    Rukun ke13 : Fi'li kan?

    ReplyDelete
  2. Rujukan dari kitab apa ya?

    ReplyDelete
  3. Betul ke ini semya rukun fi'li

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. wuduk tu memang wajib kena ambik ... ini penulis hanya fokus dalam rukun solat sahaja

      Delete
    2. Wuduk tu syarat sah solat. Bukan rukun solat

      Delete
  5. Replies
    1. kalau orang kapir pi main jauh jauh... tapi kalau org islam bagi salam betul betul

      Delete
  6. baca tahiyat akhir memang kene keluarkan suara la?

    ReplyDelete
  7. kalau baca surah pendek tu rukun qauli jugak ke?

    ReplyDelete
  8. Itu sunat ja baca surah. Dibaca qauli dapat pahala

    ReplyDelete
  9. Bacaan bagi rukun fili tu boleh bisik atau baca dalam hati ke?

    ReplyDelete
  10. Selawat keatas nabi semasa tahiyat awal perlu dibaca dgn mengeluarkan suara tak ?

    ReplyDelete
  11. Rukun 13 tu fi'li atau qalbi? Peliknya

    ReplyDelete
  12. Selepas tahiyat akhir wajib ke selawat... Sorry tngh blajr

    ReplyDelete
  13. Ada pembetulan...lafaz salam yg pertama wajib..yg kedua sunat..lafaz Assalamualaikum tu wajib..dan berpaling kepala ke kanan bila sampai perkataan kum..manakala warahmatullah tu sunat je..tk baca tk batalkan solat

    ReplyDelete

RUKUN QAULI, QALBI DAN FI'LI DALAM SOLAT

Assalamualaikum Netizen.. Okay, hari ni saya nak kongsikan beberapa ilmu.. Ilmu ketika mengerjakan solat. Nak tahu? Baiklah...jom kita b...