Thursday 27 July 2017

RUKUN QAULI, QALBI DAN FI'LI DALAM SOLAT

Assalamualaikum Netizen..


Okay, hari ni saya nak kongsikan beberapa ilmu.. Ilmu ketika mengerjakan solat.
Nak tahu? Baiklah...jom kita belajar sama-sama ya..

Anda masih ingat RUKUN SOLAT???
Di dalam rukun solat, terbahagi pula kepada 3 bahagian iaitu:

  • Rukun Qauli
  • Rukun Qalbi 
  • Rukun Fi’li Dalam Solat

Ma ma'na Rukun Qauli, Qalbi wa Fi'li?
Mesti ingat-ingat lupa kan? Baik ngaku haha...
Takpa, kita ulangkaji sama-sama..


Apa Itu Rukun Qauli , Qalbi Dan Fi’li Dalam Solat: Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita . Berbisik, TAK SAH , suara angin TAK SAH baca dalam hati, lagi TAK SAH !!!
Satu huruf tidak terdengar pun Al-Fatihah tu TAK SAH . Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
Rukun Qauli Itu Apa ?
– takbiratul ihram,
– al-Fatihah
– tahiyyat akhir
– selawat
– salam pertama
Ada 5 sahaja , yang lain itu rukun fi’li .  Niat pula ialah rukun qalbi .
Rukun Solat Terbahagi Kepada Tiga Kategori :
1. Qalbi – di ingat dalam hati
2. Qauli – di ucap dengan lidah
3. Fi’li – perbuatan
Rukun Solat Ada 13 Perkara Iaitu :
1. Berdiri bagi yang mampu ( Fi’li )
2. Niat ( Qalbi )
3. Takbiratul Ihram – Allahu Akhbar yang pertama ( Qauli )
  • Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah . Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut , dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati . Walhal , lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI , maka ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu huruf pun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ .
  • Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat . Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin ( seperti suara orang berbisik )
4. Membaca surah Al-Fatihah (Qauli )
  • Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
  • Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
5. Rukuk dengan tama’ninah ( Fi’li )
6. Iktidal dengan thoma’ninah ( Fi’li )
7. Sujud dengan thoma’ninah ( Fi’li )
8. Duduk di antara dua sujud, dengan thoma’ninah ( Fi’li )
9. Duduk Tasyahhud akhir ( Fi’li )
10. Membaca bacaan Tasyahhud / Tahiyat Akhir ( Qauli )
  • Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya.
  • Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli . Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. ( Qauli )
اللهم صَلِّ على سيـّدنا مُحمـّد
12. Mengucapkan salam yang pertama ( Qauli )
  • Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ ( assalaamu’alaikum warahmatullaah )
  • Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum” atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat .
  • Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul .
13. Tertib  ( Qalbi )

**mohon tegur jika ada terdapat kesilapan untuk diperbaiki..
-TERIMA KASIH-
#Kredit to SAIDILADOTCOM (terima kasih sis)

Wednesday 26 July 2017

Assalamualaikum para netizen..

Hari ni, genaplah 13 minggu aku berada di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Why I'm here? Sebabnya, aku sekarang ni "budak praktikal" hehe..
Makanya. aku akan berada di Penang ni selama 16 minggu bersamaan dengan 4 bulan. Firstly, bila tahu aku dapat di Penang ni.. memang aku gelabah habis tak tentu pasal.. yelah, aku dah lah tak pernah terfikir nak ke bumi utara.. Tetiba dapat pulak kat sini..parah lah jadinya.. aiyokkk...
So, aku tawakkal alal allah ja lah.. kuatkan hati untuk berani nak hadapi semua benda yang bakal aku harungi nanti. TAPI KAN KORANG, MEMANG AR..PESTIME MEMANG LAGU TU LAH.. aikk? dah kenapa aku speaking utara ni hahaha... aku fikir macam-macam  bila nak pi penang ni.. takut pun ada, seram pun ada, excited pun ada jugak.. haha...

Benda pertama aku fikir adalah makanan. HAHAHA... memang dasar betul aku ni..
pastu bahasa diorang. then macam mana nak hadapi masyarakat utara ni.. 3 benda ni sangat mempengaruhi minda ku..ececehh...

bab makanan ni memang aku dah "aim" dah..
teringat nasi kandaq, cendol durian, mee char kueh teow (ntah betul ka tuh), pulut durian, laksa penang dan macam-macam lagi la.. memang thorboek la penang kalau pasal makanan.. betul lah kata orang, penang memang syurga makanan hahaha.

bila kita membahaskan tentang masyarakat utara di sini kan, paling banyak "foreigner" lah..siyes cakap, masyarakat dari bangladesh, indonesia, mynmar, kemboja, thailand dan filipina..kan banyak tu..hehe.. peluang pekerjaan kat penang ni memang banyak.. lagi-lagi dalam sektor perkilangan. jenuh juga menaip ni sebanarnya..adehh, biasalah dah lama tak menaipkan.. kalau zaman student dulu okehlah nak taip panjang-panjang pun.. sebab apa? sebab dah hari-hari training.. hahaha

leni zaman intern, so agak kureeengg sedikit la bab2 nak menaip ni..hahah
zaman intern ni banyak anjur program saja.. nak taip-taip ni agak kurang lah.. so agak banyak kemalasan terkumpul kat situ haha.. takpa lah, nanti kalau aku rajin, aku update la panjang-panjang na.

Tapi, even aku taip panjang-panjang pun...aku rasa macam takde yang baca ja hehehe..
lantak pi lah hehe aku punya blog, suka ati aku lah hehe

aku rasa, aku dah boleh stop kat sini lah kot hehe..
oklah semua..
Adios....
Wassalam..

-catatan 26 julai 2017-
Batu Maung, bayan lepas, pulau pinang

RUKUN QAULI, QALBI DAN FI'LI DALAM SOLAT

Assalamualaikum Netizen.. Okay, hari ni saya nak kongsikan beberapa ilmu.. Ilmu ketika mengerjakan solat. Nak tahu? Baiklah...jom kita b...