Monday 7 October 2013

Lirik Lagu Nasyid



Assalamu'alaikum w.b.t  guys....


Aku mendambakan redha-Mu Tuhan...
Aku mengharapkan Cinta-Mu...
Cinta Agung-Mu yang tiada tolak bandingannya..
Cinta yang kekal Abadi dan hakiki...
Mampukah Aku memilikinya...?
Aku mengharapkan keampunan-Mu dan belas Kasih-Mu ya Allah....
Sesungguhnya Aku hamba yang lemah lagi hina...
Yang tidak punya apa-apa....
Selain Mu, ya Allah....
Tunjukkan lah Aku jalan yang benar dan Peliharalah Aku daripada hasutan Syaitan....
Bimbinglah Aku wahai Tuhan..
Jangan biarkan Aku dalam kelalaian mengingati-Mu.....
Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pergantungan....
Cukuplah Engkau sebagai Tuhan-Ku....


Destinasi Cinta - Mestica
Ku Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subuh rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…



~si pengemis bunga~

Friday 4 October 2013

SURAH-SURAH UNTUK AMALAN HARIAN




1) SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur dan di ikuti dengan

membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Insha-Allah akan aman tenteram dan dijauhkan daripada gangguan syaitan.
Digalakkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit
mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.

# Untuk mencegah kemurkaan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali
sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu...solat wajib jaga tau....


2) SURAH YAASIN

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu

ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an.
Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala
menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat
At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab
Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan
pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala
baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan
dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan
kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata
mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ini juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari
kehausan di hari KIAMAT...




3) SURAH AT-DHUHA

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru- hara di

Padang Mahsyar kelak.



4) SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti
membaca seperempat Al-Qur'an, disamping itu terlepas daripada syirik, dijauhkan
daripada godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan
(Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta
membersihkan kotoran dalam diri kita..




5) SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka
Allah s.w.t. akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan
pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak
hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w.
dalam tidurnya..



6) SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insha-Allah tidak akan
merasai kepapaan.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, insha-Allah
akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak
14 kali setiap lepas solat Asar, insha-Allah akan dikurniakan dengan
rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah
sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7
kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga
kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah
Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya..



7) SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat
dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan dan membacanya.
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca surah ini, akan mendapat syafa'at dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insha-Allah,
akan terselamat dari azab kubur.


# Selamat beramal...Wassalam #


~si pengemis bunga~



Bunga Kekwa Aku


Hah!!!...ni lah bunga kekwa aku.....
Aku tanam di belakang rumah hihihi...cantik kan?...<macam tuannya juga>
Aku peminat tegar bunga kekwa tau..TAPI, banyak-banyak bunga kekwa tu, aku cuma suka yang warna ni ja...SEBAB, warna dia cantik dan terang...menyerlah gitu... DAN, saiz bunganya yang besar macam bunga matahari....looking great, huh?....
Assalamualaikum w.b.t...

Selamat Pagi...
Ohayo Gozaimasu Minna...
Good Morning....

Start u today with ''Bismillahirrohmanirrohim"............AND......SMILE

Semoga hari ini adalah hari yang indah bagiku...
Dan kepada anda yang membaca warkah ku ini turut mendapatkan kebahagiaan dan ketenangan yang dicari...begitu juga aku..
Yosh!!!...mulakan segala aktiviti dengan niat kerana ALLAH SWT...
Agar tidak sia-sia amal ibadah kita semua...walau sekecil mana pun, pekerjaan kita lakukan, kalau kita buat kerana ALLAH SWT, bertapa untungnya...


Dulu masa kecil-kecil, aku sering kali mendengar pepatah sebegini "niat tu kena betul, ina.. dan niatlah kerana Allah dalam kamu melakukan apapun"...
Pepatah ummieku, tapi ia lebih kepada nasihat, kan?...

Aku sangat merindukan nasihat-nasihat dan kata-kata ummieku....
Insha-Allah ummie, kita akan bertemu sekejap lagi...A.S.A.P....kihkihkih


#MY SECOND POST#

Thursday 3 October 2013

Assalamualaikum w.b.t...


welcome to "Sebatang Pensel, Sehelai Kertas, & Setangkai Bunga Kekwa"...

Hi, this is my first post..

Thank You..


RUKUN QAULI, QALBI DAN FI'LI DALAM SOLAT

Assalamualaikum Netizen.. Okay, hari ni saya nak kongsikan beberapa ilmu.. Ilmu ketika mengerjakan solat. Nak tahu? Baiklah...jom kita b...