Thursday, 27 July 2017

RUKUN QAULI, QALBI DAN FI'LI DALAM SOLAT

Assalamualaikum Netizen..


Okay, hari ni saya nak kongsikan beberapa ilmu.. Ilmu ketika mengerjakan solat.
Nak tahu? Baiklah...jom kita belajar sama-sama ya..

Anda masih ingat RUKUN SOLAT???
Di dalam rukun solat, terbahagi pula kepada 3 bahagian iaitu:

  • Rukun Qauli
  • Rukun Qalbi 
  • Rukun Fi’li Dalam Solat

Ma ma'na Rukun Qauli, Qalbi wa Fi'li?
Mesti ingat-ingat lupa kan? Baik ngaku haha...
Takpa, kita ulangkaji sama-sama..


Apa Itu Rukun Qauli , Qalbi Dan Fi’li Dalam Solat: Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita . Berbisik, TAK SAH , suara angin TAK SAH baca dalam hati, lagi TAK SAH !!!
Satu huruf tidak terdengar pun Al-Fatihah tu TAK SAH . Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
Rukun Qauli Itu Apa ?
– takbiratul ihram,
– al-Fatihah
– tahiyyat akhir
– selawat
– salam pertama
Ada 5 sahaja , yang lain itu rukun fi’li .  Niat pula ialah rukun qalbi .
Rukun Solat Terbahagi Kepada Tiga Kategori :
1. Qalbi – di ingat dalam hati
2. Qauli – di ucap dengan lidah
3. Fi’li – perbuatan
Rukun Solat Ada 13 Perkara Iaitu :
1. Berdiri bagi yang mampu ( Fi’li )
2. Niat ( Qalbi )
3. Takbiratul Ihram – Allahu Akhbar yang pertama ( Qauli )
  • Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah . Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut , dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati . Walhal , lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI , maka ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu huruf pun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ .
  • Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat . Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin ( seperti suara orang berbisik )
4. Membaca surah Al-Fatihah (Qauli )
  • Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
  • Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
5. Rukuk dengan tama’ninah ( Fi’li )
6. Iktidal dengan thoma’ninah ( Fi’li )
7. Sujud dengan thoma’ninah ( Fi’li )
8. Duduk di antara dua sujud, dengan thoma’ninah ( Fi’li )
9. Duduk Tasyahhud akhir ( Fi’li )
10. Membaca bacaan Tasyahhud / Tahiyat Akhir ( Qauli )
  • Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya.
  • Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli . Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. ( Qauli )
اللهم صَلِّ على سيـّدنا مُحمـّد
12. Mengucapkan salam yang pertama ( Qauli )
  • Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ ( assalaamu’alaikum warahmatullaah )
  • Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum” atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat .
  • Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul .
13. Tertib  ( Qalbi )

**mohon tegur jika ada terdapat kesilapan untuk diperbaiki..
-TERIMA KASIH-
#Kredit to SAIDILADOTCOM (terima kasih sis)

Wednesday, 26 July 2017

Assalamualaikum para netizen..

Hari ni, genaplah 13 minggu aku berada di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Why I'm here? Sebabnya, aku sekarang ni "budak praktikal" hehe..
Makanya. aku akan berada di Penang ni selama 16 minggu bersamaan dengan 4 bulan. Firstly, bila tahu aku dapat di Penang ni.. memang aku gelabah habis tak tentu pasal.. yelah, aku dah lah tak pernah terfikir nak ke bumi utara.. Tetiba dapat pulak kat sini..parah lah jadinya.. aiyokkk...
So, aku tawakkal alal allah ja lah.. kuatkan hati untuk berani nak hadapi semua benda yang bakal aku harungi nanti. TAPI KAN KORANG, MEMANG AR..PESTIME MEMANG LAGU TU LAH.. aikk? dah kenapa aku speaking utara ni hahaha... aku fikir macam-macam  bila nak pi penang ni.. takut pun ada, seram pun ada, excited pun ada jugak.. haha...

Benda pertama aku fikir adalah makanan. HAHAHA... memang dasar betul aku ni..
pastu bahasa diorang. then macam mana nak hadapi masyarakat utara ni.. 3 benda ni sangat mempengaruhi minda ku..ececehh...

bab makanan ni memang aku dah "aim" dah..
teringat nasi kandaq, cendol durian, mee char kueh teow (ntah betul ka tuh), pulut durian, laksa penang dan macam-macam lagi la.. memang thorboek la penang kalau pasal makanan.. betul lah kata orang, penang memang syurga makanan hahaha.

bila kita membahaskan tentang masyarakat utara di sini kan, paling banyak "foreigner" lah..siyes cakap, masyarakat dari bangladesh, indonesia, mynmar, kemboja, thailand dan filipina..kan banyak tu..hehe.. peluang pekerjaan kat penang ni memang banyak.. lagi-lagi dalam sektor perkilangan. jenuh juga menaip ni sebanarnya..adehh, biasalah dah lama tak menaipkan.. kalau zaman student dulu okehlah nak taip panjang-panjang pun.. sebab apa? sebab dah hari-hari training.. hahaha

leni zaman intern, so agak kureeengg sedikit la bab2 nak menaip ni..hahah
zaman intern ni banyak anjur program saja.. nak taip-taip ni agak kurang lah.. so agak banyak kemalasan terkumpul kat situ haha.. takpa lah, nanti kalau aku rajin, aku update la panjang-panjang na.

Tapi, even aku taip panjang-panjang pun...aku rasa macam takde yang baca ja hehehe..
lantak pi lah hehe aku punya blog, suka ati aku lah hehe

aku rasa, aku dah boleh stop kat sini lah kot hehe..
oklah semua..
Adios....
Wassalam..

-catatan 26 julai 2017-
Batu Maung, bayan lepas, pulau pinang

Monday, 15 May 2017

Assalamualaikum sahabat netizen semua..
Konichwa minna..

Kaifa halukum jamian?
Ana bikheyr, Alhamdulillah..

Yoshh!!...Okay, hari ini aku nak share story mengenai kisah aku praktikal for the first day.
Dah lama pulak aku tak menulis kat blog ni..keekeke...al maklum lah busy kan...
Aku ni sekarang dah jadi budak intern..selama 4 bulan.

Okay,.mula-mula sekali, Aku nk bagitau la kat mana aku intern.. Aku dapat peluang intern kat satu syarikat agensi pelancongan di penang. Nama syarikat adalah SAFARI HARAMAIN TRAVEL & TOURS SDN BHD. Alhamdulillah, bestnya sangat bila dapat rezeki intern kat penang ni. Yelah, al maklumlah tak pernah merantau sampai ke penang., di pulau pulak tu,,selama 4 bulan pulak tu..!!

Yang paling best kat sini (penang), rumah sewa aku ni dekat dengan laut.. Ya Allah, laut tu.. Giler tak happy..hahaha...Aku ni memang pencinta laut. punya la rasa macam di Syurga sekejap haha.. tenang ja bila nampak laut. biasa petang-petang lepas balik dari kerja tu, aku pi lah melepak kat tepi laut tu.. even, airnya kotor tapi views kat situ memang superb..yesss, i mean it...

Aku nak minta adik aku tolong temankan aku kat sini.. c hajar kot aku suruh datang..ececehh
Hahaha...dah lah dekat dengan tempat kerja, pastu dekat dengan airport lak tu.. yang penting dekat laut hehe...rasa aman dan damai je aku relax kat sini...

so,sekian sahaja coretan hari ini.. aku akan sambung di hari lain..
sebabnya, hari ini aku busy sikit sebenarnya..
aku gerak dulu ya..

apa-apa roger ya..
Adios haha...


Friday, 10 February 2017

Nota 10 February 2017

Assalamualaikum...

Bertemu kembali, hari ini hari jumaat, hari yang barokah..Tengok jam sat, urmm.. tepat jam 11:40 Malam.. Cuaca malam ni sangat panas, haba naik ke permukaan tanah kerana hujan tak turun..haha
Langit malam ni sangat cerah ditambah pula dengan bulan yg terang benderang.. cantik..!! Aku merenung ke luar tingkap, melihat pemandangan malam yg suram..

Hari ni, aku ada berita gembira utk korang.. Nak tahu?? Yahh, semestinya... hehe... Alhamdulillah, result sem 5 dah keluar hari ini.. Dan baru petang tadi aku cek.. and guess what?! Pointer aku naik, I'm sooo happy.. Alhmdulillah.. Sem lalu 3:35 and now 3:42.. well, takda la naik byk tapi aku bersyukur sangat... Terima Kasih Allah...kerana memberikan aku rezeki ilmu..

Org first aku bagitahu adalah ibu aku..hehe... Betapa happynya ibu aku dpt tahu aku lulus dgn baik... Nampak tak? Anak kesayangan hehe...

Aku nak cabar diri aku utk last sem ini.. Sem 6 nanti akan jadi medan perang yang terakhir bagi aku... Jadi, aku nak buat yg terbaik dari yg terbaik aku pernah buat.. Wish me luck.. Aku  nk dptkn 3:80 ke atas... aku tahu, aku mampu buat.. cuma tu lah, aku ni malas kalau bab study.. aku study memang last minute.. bukan nak kata aku berlagak sombong... atau style org pndai study last minute.. tapi itu lah aku.. aku jenis yg mudah hadam cepat dan cepat juga la berlalu pergi.. tak lekat pun.. kejap je dia singgah haha.. aduhaii, boleh pulak macam tu ek.. ahahaha....

Aku dok fikir, apa la nk jadi kat aku nanti lepas habis praktikal.. tempat praktikal pun tak pilih lagi... aduhhh... Fening betull lah... Takpa, takes time orang bilang haha..

Okay, sekian ja nota hari ini..
Kalau aku fikir nak tambah lagi, nanti aku repost ja haha... Aduyaii apa la aku merapu ni... haha

Adiosss....

Thursday, 9 February 2017

Nota 9 February 2017

Assalamualaikum semua..

Hari ni cuti Thaipusam.. Dan kebetulan aku tengah cuti sem 5.. Haihs, nebes rasanya duk tunggu result ni. Dahlah hari tu, aku mimpi ada fail.. Nauzubillah..minta dijauhkan..

Hari ni Hari Khamis, esok baru ada pasar malam.. Hari ni, tak tahu nak buat apa. Takkan lah asyik layan movie ja.. Aduhaii, apa la nak jadi kat aku ni.. Makan, Tido, Movie.. perghh pakej betul..

Baru semalam mesej dengan sahabat lama yg sekarang ni duk kat kampung. Ya Allah bestnya kalau dpt balik kampung. Aku nak jumpa kawan2 aku.. Lama rasanya aku tak jumpa diorang. Ainul Basyiroh Daimin, aku rindu jumpa, makan, main, sembang, jalan2 dgn kau.. hehe
Takpa, aku akan segerakan pengajian aku kat sini.. aku nak berbakti kepada kampung aku kat sana.. Inshaa Allah

And then, semalam aku tengok wechat.. Ada beberapa mat chat hantar mesej kat aku nk berkenalan.. wooo, bahaya tu. Aku ni jenis tak kawan sgt dgn laki. Tak pandai nak bergaul sebenarnya.. sbbnya tak biasa.. Even perangai aku serupa laki.. Itu sebab aku ada byk abg2 dn adik laki.. Aku pun dah terikut macam laki daa.. well, aku rasa okay la perwatakan mcm laki TAPI hati aku ada taman tau.. haaaa

"Selagi kita masih bernafas hari ini, selagi itulah kita masih ada harapan, ruang dan peluang..."

Aku suka mengarang puitis, kata2 motivasi utk dibaca dn dihayati oleh org dn diri aku sendiri.. Itulah yg dimaksudkn "Makna Hidup".. Alangkah ruginya hidup tanpa tujuan.. Ianya sama ja seperti burung2 yang bebas di udara tanpa hala tuju. Hanya singgah apabila lapar. Jadi, jangan jadi seperti burung. Jadilah seperti semut. Even kecil, org tengok pun tak lalu haha.. tapi semut sangat rajin.. dan binatang paling rajin kat bumi Allah ni. Tak caya? Tengok la sendiri.. aku tau dari usia aku 7 tahun lagi.. aku duk membesar dlm kawasan hutan.. kawasan pedalaman.. so, aku tahu la.. hidup org susah tu mcm mna..

Well, aku cuma nak bagitau kalau hari ahad ni birthday aku.. tapi aku tahu, tak ramai baca blog aku.. and aku tahu, takkan ada yg baca pun haha.. even though, aku tetap akan tulis dan post. Sebab apa?? Sebab aku tak tengok dan tak harap pun ada org akan baca. Kalau ada yg baca, Aku sangat terharu dan berterima kasih..kerana sudi membaca. Even aku banyak merapu haha.. tapi itulah aku.. Every year aku akn sambut besday aku sorang2. Why?? sebab takda org akn sambut.. Wish tu, ada lah juga.. itu pun kawan2 rapat aku ja.. Dan korang nk tau tak.. aku ni tak pernah dpt hadiah.. macam mna ea rasa dpt hadiah..hurmm
Teringin tapi sapa la nak bagi hadiah kat aku kan.. haha

Kini, aku tahu...
Aku akan sendiri lagi.. melalui hari2 yg mendatang di dalam keadaan yang suram. Aku gagahi langkah menuju ke arah cahaya ilmu di bumi orang. Ya Rabb, kuatkanlah hati hamba Mu ini yg serapuh kayu yg hancur, yg senipis kulit bawang putih, ...Be qowiy my soul.. Aku tau aku tak kuat tapi aku kena acting macam kuat. Agar manusia2 lain kat luar sana tu, tidak memandang rendah kpd aku. Kerana aku membawa amanah Allah, amanah Ibu ayah aku, amanah guruku.. Carilah ilmu dan amalkannya serta ajarkan kepada org lain.. Ya!! aku perlu buat begitu..

Aku ingin jadi seperti Ibnu Bathotah. Seorang sarjana islam yang mengelilingi dunia mencari ilmu tanpa kenderaan. Hanya berjalan kaki dan bermusafir, berkelana, merantau.. Yahh!, aku sangat..sangat..sanggaaattt nak jadi seperti itu.. Dengan karangan karya beliau membuatkan aku bertambah semangat.. hehe..

Oklah, at the end..aku merapu lagi haha..
Tapi kalau ada yg sudi bagi hadiah kataku.. aku sangat2 berbesar hati dan terharu.. hohoho

Sekian saja, syukran kerana membaca.

Sebarang pertanyaan atau nak hantar hadiah pun boleh hehe.. ada kat bawah ni..

Siti Aminah Bte Satin,
Mutiara Residence, Jalan 7/4A, Taman Serdang Jaya, 43300  sri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
W/s: 01133832215
E-mail: Unic_ct@yahoo.com

Tuesday, 7 February 2017

Nota 7 February 2017

Assalamualaikum..
Konichiwa minna..
Annyeonghaseyo..
Have a nice day..

Yoshh!!.. hehe hari ni aku bersemangat sedikit utk berkongsi story dengan anda semua..

Now, aku sedang berdiri di tepi tingkap bilikku. Aku berada di tingkat 13. Jam menunjukkan tepat jam 12.15 pagi bersamaan dgn hari selasa. Aku memandang langit malam, ternyata langit pada malam ni sgt bersih tanpa bintang, hanya kelihatan awan putih yg besar menghiasi langit. Cantik!.. bisikku dlm hati.

Mata ini sukar utk lelap, tak tahu kenapa. Sedangkan siang tdi, aku hnya tdo sejam lebih sebelum masuk wktu zohor. Hurm..
Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Kelihatan suasana sepi di jalan raya, hanya beberapa kereta sahaja yg lalu lalang. Aku memandang ke taman dn kolam renang, aku melihat beberapa org arab duduk bersembang di bangku taman. Peliknya!! Org arab kat sini mmg tak reti nk rehat ke.. haha..

Aku sebenarnya pelik tau, sepanjang aku menjadi penghuni di Mutiara Residence ni, tak pernah lagi org arab tidur awal.. Aduhai, dah kenapa la mereka ni.. pelik + Aneh.. haha

Kadang-kadang tu sampai 2-3 pagi lepak kat taman. Haha, yg tu memang tak boleh blah.. Aku senyum sorang-sorang melihat situasi tersebut. Then, aku terfikir balik kejadian 2 hari yg lepas. Yang mana sorang kawan aku dtg ke asrama. Sampailah dia balik pada petang tadi.. Apa yg dia cerita kat aku tu.. Macam tak logik.. Lantak dia la, peduli apa aku? haha..

Sikit pun aku takda kaitan langsung. Padahal aku nak je nasihatkn dia, tapi hasrat hati nurani aku ni tak sampai. Waeyo? sebabnya, aku still terkilan dgn sikap dia sebenarnya. Aku dah maafkn dia tpi tulah, bila dah terkilan ni.. Macam susah pulak nak sembuh.. Kalau la aku bole tgok hati aku ni, mesti dah bengkak, bernanah, berdarah bagai la... sakit wehh.

Aku mengeluh dan menarik nafas panjang sambil memandang langit malam. Sepertinya langit malam turut bersimpati kpdku.. Apa yg harus aku buat? Hurm.., rasanya berdiam itu lgi bagus kali.. hehe

Aku memandang di sekitar kondo mutiara. Terlihat beberapa bangunan tinggi yg tersergam indah pada waktu malam.. Cantik! .. Aku hanya memandang dari kejauhan dan tersenyum pada langit malam. Terasa sejuk dan nyaman sekali malam ini.

Sementara itu, Aku mencapai hp yg tak berapa nk pintar mcm tuannya ni haha.. aku pun mencari simbol "Blog".. Dan, aku menulis apa yg aku rasa ketika ini..

Sememangnya aku ditakdirkan utk menjadi seorg penulis barangkali. Aku gemar menulis namun kurang rasa nk membaca.. Aneh sekali ya!..

At the end.. Selamat pagi dunia..
Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa utk membaca nota kecil ini.

Arigatou Gozaimasu..
Syukran..
Merci..

RUKUN QAULI, QALBI DAN FI'LI DALAM SOLAT

Assalamualaikum Netizen.. Okay, hari ni saya nak kongsikan beberapa ilmu.. Ilmu ketika mengerjakan solat. Nak tahu? Baiklah...jom kita b...